Apa itu "Bangi Community Loyalty Programme" atau singkatan BCLP?
BCLP adalah satu program untuk memberi kesedaran kepada pengguna-pengguna di Bandar Baru Bangi dan sekitarnya tentang kepentingan Loyalty Programme.
Dengan adanya Loyalty Programme untuk pengguna di Bandar Baru Bangi, pengguna akan mendapat banyak kelebihan yang tidak ada di mana-mana Loyalty Programme yang sedia ada di Malaysia ini. Kelebihan yang diberikan oleh BCLP adalah:-
a) Penganugerahan Mata Ganjaran (Point Collection)
b) Penebusan Mata Ganjaran (Point Redemption)
c) e-Tunai untuk yang tidak mahu membawa wang di saku (e-Wallet)
d) Pembayaran bil-bil, prepaid atau post paid dll
e) Skim Insuran Untuk Membantu Ketika Dalam Kemalangan seperti patah kaki, yuran hospital dll sehingga RM50k setahun (Insurans Claims)
f) Diskaun produk-produk di kedai-kedai
Untuk mendapatkan segala kemudahan ini, anda hanya perlu membeli Kad BCLP ini di mana-mana kedai yang mengikuti program BCLP. Senarai kedai-kedai boleh di dapati di ruangan ini. Harga untuk kad tanpa Insuran Peribadi adalah RM10. Harga untuk beserta insuran peribadi adalah RM 15 sahaja.
Anda perlu membaharui kad ini setiap tahun dengan hanya RM5 bagi kad tanpa Insuran Peribadi, dan RM 15 bagi kad berserta Insuran Peribadi.
Jangan tunggu lagi, kerana kad BCLP amat terhad. Anda boleh hubungi Urusetia BCLP di 019-3970209 (En. Haizad) untuk keterangan lanjut.
No comments:
Post a Comment